faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

7. Apakah syarat-syarat pembayaran elaun latihan amali kepada pelajar?

Syarat pembayaran elaun latihan amali kepada pelajar adalah tertakluk kepada perkara berikut :

i. Ketua Jabatan perlu memastikan perbelanjaan bagi tujuan ini mengguna pakai peruntukan sedia ada Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan yang terlibat;
ii. Kadar pembayaran elaun adalah sebanyak RM5.00 sejam (8 jam sehari) bagi semua hari bekerja terhad kepada maksimum 90 hari sahaja dengan syarat latihan amali / praktikal tersebut adalah merupakan salah satu syarat untuk pelajar bergraduat / menamatkan pengajian dengan jayanya;
iii. Pelajar tidak layak dibayar elaun lebih masa;
iv. Pelajar akan menerima bayaran elaun mengikut hari bekerja sahaja dan tidak termasuk hari kelepasan am dan hari kelepasan mingguan; dan
v. Elaun ini membatalkan Elaun Latihan Amali yang diterima oleh pelajar tajaan Kerajaan.

  • Dikemaskini pada: 18 Dec 2024
  • Cetak
  • 908

faqhubungimaklumbalaspeta