faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

B. UMUM

1. Bagaimanakah cara untuk memohon jawatan di Jabatan Audit Negara (JAN)?

Semua permohonan jawatan bagi gred lantikan di Jabatan Audit Negara diuruskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Permohonan jawatan boleh dibuat melalui pautan Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) iaitu https://spa9.spa.gov.my/login.

2. Bagaimanakah caranya untuk memohon untuk menjalani latihan praktikal/ industri di Jabatan Audit Negara?

Kesemua permohonan untuk membuat latihan praktikal/ industri di JAN (termasuk di JAN negeri) perlulah dihantar kepada :

     UNIT DASAR DAN PEMBANGUNAN KERJAYA
     BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
     JABATAN AUDIT NEGARA
     ARAS 1-9, BLOK F2 & F3,
     KOMPLEKS F, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
     LEBUH PERDANA TIMUR, PRESINT 1,
     62000 PUTRAJAYA.

     atau emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

3. Bagaimanakah prosedur bagi memohon membuat lawatan ke Jabatan Audit Negara?

Sebarang permohonan lawatan ke Jabatan Audit Negara (JAN) atau Akademi Audit Negara (AAN) perlulah dimajukan kepada alamat seperti berikut:

    JAN:
    UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
    JABATAN AUDIT NEGARA
    ARAS 1-9, BLOK F2 & F3,
    KOMPLEKS F, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
    LEBUH PERDANA TIMUR, PRESINT 1,
    62000 PUTRAJAYA.
   atau email ke: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

   AAN:
   PENGARAH
   AKADEMI AUDIT NEGARA
   PERSIARAN TIMUR 3
   BANDAR ENSTEK
   71760 NILAI
   NEGERI SEMBILAN
   Tel : 606-7916900

   Salinan surat perlu di e-melkan kepada Pengarah Akademi Audit Negara.

4. Di mana Laporan Ketua Audit Negara boleh diperolehi?

laporan_ketua_audit

Laporan Ketua Audit Negara boleh diperolehi melalui pautan https://lkan.audit.gov.my

5. Di mana Isu-isu Laporan Ketua Audit Negara boleh diperolehi?

    Isu-isu Laporan Ketua Audit Negara boleh diperolehi di Auditor General's Dashboard (AGD) melalui pautan https://agdashboard.audit.gov.my/

6. Di manakah buku kecemerlangan pengurusan kewangan dari Perspektif Jabatan Audit Negara boleh diperolehi?

Buku ini boleh dibeli daripada mana-mana cawangan INTAN.

  • Dikemaskini pada: 16 Oct 2025
  • Cetak
  • 11751

faqhubungimaklumbalaspeta