Fungsi Bahagian
SEKTOR PEJABAT KETUA AUDIT NEGARA
- Mengkoordinasi dan membantu Ketua Audit Negara dalam melaksanakan tugasan pengauditan dan pengoperasian termasuk keselamatan agar semua aspek dapat diuruskan secara teratur dan berkesan.
- Bertanggungjawab menyelaras proses penyediaan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) bagi pengauditan prestasi, kewangan dan tadbir urus yang dilaksanakan oleh Jabatan Audit Negara, Negeri (JAN Negeri) dari aspek perancangan, pelaksanaan, pelaporan sehingga LKAN tersebut dibentangkan di Parlimen/Dewan Undangan Negeri.
- Melaksanakan kursus, program dan aktiviti latihan yang dikendalikan oleh tenaga pengajar yang profesional dan berpengalaman di bawah Lima (5) Program iaitu Program Pengauditan, Program Perakaunan, Program IT, Program Pengurusan dan Program Antarabangsa bagi mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran demi melonjakkan prestasi modal insan.
- Bertanggungjawab memberi nasihat perundangan secara profesional kepada JAN bagi memastikan dasar JAN dan kajian pengauditan yang dilaksanakan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan undang-undang.
- Memastikan perhubungan awam antara JAN dengan pihak luar terjalin dengan cekap dan berkesan agar imej JAN terpelihara.
- Menjalankan kajian, merangka dan menyelaras dasar Jabatan berkaitan pengauditan dan hala tuju Jabatan melalui Kertas Dasar dan Kertas Penyelidikan.
- Menjalankan kajian, merangka dan menyelaras dasar Jabatan berkaitan kualiti pengauditan melalui pelaksanaan Semakan Jaminan Kualiti dan Naziran Kawalan Kualiti.
- Menjalankan tugasan keurusetiaan bagi mesyuarat di peringkat Jabatan dan Kebangsaan, serta menyelaras program atau aktiviti anjuran Jabatan atau pihak luar.
- Menjalankan, merangka dan menyelaras aktiviti hubungan antarabangsa berbentuk bilateral (hubungan dua hala) dan multilateral (pelbagai hala) bertujuan membangunkan kapasiti profesional juruaudit dan meningkatkan penglibatan Jabatan dalam pelbagai organisasi audit di peringkat antarabangsa.
- Bertanggungjawab untuk mengurus dan melaksanakan inisiatif-inisiatif penginstitusian integriti, pencegahan, pematuhan, pengesanan salah laku serta tindakan punitif secara lebih fokus, terancang, efisien dan optimum, selaras dengan PP Bil. 6 Tahun 2013.
- Menjalankan pemeriksaan bagi menilai sama ada wang awam telah dibelanjakan untuk tujuan ianya diperuntukkan dan aktiviti telah dilaksanakan secara cekap dan berhemat bagi mengelakkan penyelewengan, pembaziran dan pemborosan dalam perbelanjaan awam. Pengauditan ini dikenali sebagai pengauditan prestasi atau value for money audit.
- Menjalankan pengauditan kewangan bagi memastikan tahap akauntabiliti sektor awam terpelihara, wang awam diuruskan dengan cekap dan rekod perakaunan diselenggarakan dengan teratur.
- Aktiviti pengauditan kewangan yang dijalankan adalah seperti berikut:
- Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Agensi Persekutuan dan Agensi Negeri;
- Pengauditan Pematuhan;
- Pengauditan Kumpulan Wang Amanah/Akaun Amanah;
- Pengauditan Hasil;
- Pengauditan Penilaian Prestasi Pengurusan Kewangan bagi pengesahan kenaikan pangkat Jawatan Utama Sektor Awam;
- Pengauditan Pengurusan Kewangan Pejabat Perwakilan Malaysia di Luar Negara;
- Pengauditan Mengejut; dan
- Program Naziran Jabatan Audit Negara
- Melaksanakan pengauditan terhadap syarikat yang menerima geran/pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan/Negeri atau sebuah syarikat di mana lebih daripada separuh modal saham berbayar adalah milik Kerajaan Persekutuan/Negeri/Agensi Negeri yang diwartakan dalam Perintah Audit (Akaun Syarikat).
- Melaksanakan Pengauditan Penyata Kewangan, Pengauditan Pematuhan, Pengauditan Prestasi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan terhadap akaun Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Negeri dan agensi di bawah Kerajaan Negeri serta program dan aktiviti Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Negeri dan agensi di bawah Kerajaan Negeri.
- Memastikan pengurusan modal insan, pengurusan kewangan, pentadbiran dan teknologi maklumat dilaksanakan dengan teratur dan cekap bagi mencapai visi dan misi JAN.