7. Bagaimanakah cara untuk memohon pertukaran bagi skim gunasama dan skim-skim kader yang lain?
Permohonan melalui Modul Perolehan Sumber Manusia di Sistem HRMIS berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2011. Bagi pegawai dari skim gunasama, permohonan hendaklah disertakan dengan Lampiran I dan menggunakan borang pertukaran mengikut Ketua Perkhidmatan masing-masing (sekiranya berkaitan).