1. APAKAH DASAR ATAU PERATURAN YANG BOLEH DIRUJUK BERKAITAN LATIHAN INDUSTRI?
Surat Edaran JPA Ruj: JPA(L)S. 175/4/4-2Klt. 4 (21) bertarikh 6 September 2019 – Ketetapan Bayaran Elaun Kepada Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Yang Mengikuti Latihan Amali / Praktikal Di Sektor Awam
2. SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK MEMOHON LATIHAN INDUSTRI DI JABATAN AUDIT NEGARA?
Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian berikut diberi keutamaan untuk menjalani latihan industri di JAN:
a) Perakaunan;
b) Kewangan;
c) Sains Komputer;
d) Teknologi Maklumat;
e) Kejuruteraan; atau
f) Lain-Lain Bidang Yang Berkaitan
3. SYARAT-SYARAT UMUM
Penempatan pelajar-pelajar latihan industri di JAN adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:
a) pelajar terdiri daripada warganegara Malaysia;
b) pelajar adalah meliputi pelajar yang mengikuti pengajian di IPT di dalam dan luar negara yang diiktiraf;
c) latihan industri yang diduduki merupakan salah satu syarat untuk pelajar menamatkan pengajian dengan jayanya;
d) tempoh latihan industri tertakluk kepada tempoh yang ditetapkan oleh IPT;
e) mempunyai tahap kesihatan yang baik; dan
f) diperakukan oleh Dekan/Ketua Program di IPT masing-masing.
4. DOKUMEN PERMOHONAN
Pelajar boleh memohon dengan mengemukakan dokumen berikut:
a) Surat permohonan pelajar;
b) Resume pelajar beserta dengan gambar pasport terkini;
c) Surat rasmi daripada IPTA/IPTS*
d) Mini Transkrip
(* Dokumen dalam format PDF/JPEG jika dihantar melalui emel)
Permohonan hendaklah dikemukakan selewatnya-lewatnya 2 bulan sebelum tarikh latihan industri bermula.
Permohonan perlu dikemukakan ke alamat berikut:
Unit Dasar & Pembangunan Kerjaya
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Jabatan Audit Negara,
Aras 4, Blok F3, Kompleks F
Lebuh Perdana Timur, Presint 1,
62000 Putrajaya
atau melalui e-mel kepada
Permohonan hendaklah dikemukakan selewatnya-lewatnya 2 bulan sebelum tarikh latihan industri bermula.