- Jabatan Audit Negara komited melaksanakan pengauditan yang berkualiti selaras dengan Standard Pengauditan Antarabangsa berteraskan kebebasan, profesionalisme, integriti dan relevan.
- Jabatan Audit Negara adalah komited untuk membuat penambahbaikan yang berterusan terhadap Sistem Pengurusan Kualiti dan menilai semula semua Objektif Kualiti yang ditetapkan bagi memastikan ianya sentiasa memenuhi kehendak pelanggan.
- Menyasarkan 85% pengeluaran Sijil Ketua Audit Negara bagi pengesahan penyata kewangan bagi tahun pengauditan semasa.
- Menyasarkan 95% Pemerhatian Audit Pematuhan dikeluarkan dalam tempoh empat bulan.
- Menyasarkan 95% syor hasil pengauditan prestasi dipersetujui oleh auditi.
- Menyasarkan 85% pelaksanaan Pengauditan Pengurusan Syarikat yang dirancang dalam tempoh setahun.
- Menyasarkan sekurang-kurangnya 85% pencapaian tahap kualiti Laporan Ketua Audit Negara (berdasarkan laporan kawalan kualiti).
- Menyasarkan 85% dalam memproses dan mengemas kini maklum balas auditi yang lengkap dalam Sistem AGD dalam tempoh 14 hari bekerja.
-
Dikemaskini pada: 02 Aug 2024
-
Cetak
-
6590