11. Apakah perbezaan dari segi kelayakan bagi urusan kenaikan pangkat ke gred seterusnya antara pegawai yang dinaikkan pangkat secara TBK dan dengan pegawai yang dinaikkan pangkat mengisi kekosongan hakiki?
Pegawai yang dinaikkan pangkat secara TBK hendaklah dipertimbangkan bersama dengan pegawai yang dinaikkan pangkat mengisi kekosongan hakiki dalam urusan kenaikan pangkat ke gred seterusnya tertakluk kepada memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Lembaga.