faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

35. Saya telah memohon untuk menduduki peperiksaan yang dianjurkan oleh Jabatan Audit Negara. Tetapi saya tidak hadir sewaktu peperiksaan itu dijalankan. Apakah tindakan yang diambil dari pihak urus setia peperiksaan?

Jabatan telah memutuskan ketidakhadiran hanya dibenarkan atas sebab sakit dan kematian keluarga terdekat sahaja. Urus setia akan mengeluarkan surat tunjuk sebab mengenai ketidakhadiran tuan/puan yang akan dihantar melalui Ketua Jabatan masing-masing. Tuan/puan hendaklah memberi penjelasan terhadap ketidakhadiran itu dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh surat itu dikeluarkan. Jika tiada penjelasan daripada pihak tuan/puan mengenai ketidakhadiran ini, tuan/puan berkemungkinan akan digantung untuk memohon peperiksaan yang akan datang.

  • Dikemaskini pada: 18 Dec 2024
  • Cetak
  • 141

faqhubungimaklumbalaspeta