29. Bilakah keputusan peperiksaan dikeluarkan?
Keputusan peperiksaan akan dikeluarkan setelah melalui proses kelulusan di peringkat Panel Peperiksaan Jabatan dan akan dimaklumkan secara dalam talian melalui Sistem ePeperiksaan. Calon dikehendaki melayari Sistem ePeperiksaan ini untuk melihat pengumuman terkini mengenai tarikh keputusan dikeluarkan.
Calon dikehendaki mencetak keputusan dan menghantar salinan keputusan kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia masing-masing untuk direkodkan dalam buku perkhidmatan pegawai.