faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

25. Bagaimanakah cara Juruaudit/Penolong  Juruaudit ingin memohon Peperiksaan Perkhidmatan Jabatan Audit Negara?

i. Permohonan kali pertama:

Calon yang pertama kali ingin memohon untuk menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Jabatan Audit Negara hendaklah terlebih dahulu mendaftar sebagai pengguna sistem dengan mengisi maklumat diri dalam Sistem ePeperiksaan (https://epeperiksaan.audit.gov.my) Jabatan Audit Negara. Setelah diaktifkan oleh pihak urus setia, calon akan menerima ID Pengguna dan kata laluan untuk memasuki Sistem ePeperiksaan bagi memohon peperiksaan di Jabatan Audit Negara. Ini bermaksud calon dikehendaki mendaftar dua kali iaitu pendaftaran sebagai pengguna dan pendaftaran untuk menduduki peperiksaan yang dikehendaki.

ii. Permohonan kali kedua:

Bagi calon yang telah mendaftar sebagai pengguna, beliau hanya perlu memasuki Sistem ePeperiksaan Jabatan Audit Negara dengan menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang sama untuk memohon peperiksaan yang dikehendaki.

  • Dikemaskini pada: 18 Dec 2024
  • Cetak
  • 271

faqhubungimaklumbalaspeta