faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

24. Dalam jabatan saya ada kekosongngan Gred N22 dan terdapat pegawai Gred 19 yang telah berkhidmat 10 tahun sedang menunggu genap 13 tahun untuk pertimbangan kenaikan pangkat secara TBK 13 tahun. Adakah boleh pegawai N19 tersebut disandang terus ke jawatan N22 yang kosong selepas genap 13 tahun nanti?

Tidak. Pegawai hendaklah membuat permohonan urusan pemangkuan (kerana pegawai masih belum genap 13 tahun) sekiranya terdapat iklan bagi urusan tersebut. (Urusan pemangkuan bagi skim gunasama akan diiklankan di Portal Rasmi JPA).

Atau pegawai hendaklah membuat permohonan untuk pertimbangan kenaikan pangkat secara TBK sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum genap 13 tahun perkhidmatan kepada pihak urusetia terlebih dahulu. Sekiranya pegawai diluluskan kenaikan pangkat, pegawai tersebut masih lagi menyandang jawatan N19/ N22/ N26 yang sedang disandang sebelum kenaikan pangkat.

Sekiranya pegawai TBK ingin menyandang jawatan N22 hakiki, permohonan adalah sebagaimana jawapan pada soalan 6.

  • Dikemaskini pada: 18 Dec 2024
  • Cetak
  • 201

faqhubungimaklumbalaspeta