17. Adakah pegawai yang sedang Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) boleh dipertimbangkan pemangkuan/ kenaikan pangkat?
Pegawai yang sedang dalam tempoh CBBP boleh dipertimbangkan pemangkuan dan tertakluk kepada memenuhi syarat pemangkuan yang berkuatkuasa.
Pegawai yang sedang memangku dalam tempoh CBBP boleh dipertimbangkan kenaikan pangkat dengan syarat telah genap tempoh pemangkuan. (1 tahun untuk P&P dan 6 bulan untuk P&P). Sekiranya belum genap, urusan kenaikan pangkat boleh diteruskan selepas pegawai kembali dari Cuti Belajar dan menggenapkan tempoh pemangkuan beliau.