Wednesday,  17 August 2022 | 19 Muharam 1444H
A- A A+
A A A      

faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Industrial Training

1. APAKAH DASAR ATAU PERATURAN YANG BOLEH DIRUJUK BERKAITAN LATIHAN INDUSTRI?

  1. Surat Edaran JPA Ruj: JPA(L)S. 175/4/4-2Klt. 4 (21) bertarikh 6 September 2019 – Ketetapan Bayaran Elaun Kepada Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Yang Mengikuti Latihan Amali / Praktikal Di Sektor Awam; dan
  2. Panduan Kad Kuasa Audit Dan Latihan Industri Di Jabatan Audit Negara bertarikh 11 September 2019

2. SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK MEMOHON LATIHAN INDUSTRI DI JABATAN AUDIT NEGARA?

Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian berikut diberi keutamaan untuk menjalani latihan industri di JAN:

  1. Perakaunan;
  2. Kewangan;
  3. Sains Komputer;
  4. Teknologi Maklumat;
  5. Kejuruteraan; atau
  6. Lain-Lain Bidang Yang Berkaitan

3. SYARAT-SYARAT UMUM

Penempatan pelajar-pelajar latihan industri di JAN adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:

  1. pelajar adalah meliputi pelajar yang mengikuti pengajian di IPT di dalam dan luar negara yang diiktiraf;
  2. pelajar terdiri daripada warganegara Malaysia;
  3. latihan industri yang diduduki merupakan salah satu syarat untuk pelajar menamatkan pengajian dengan jayanya;
  4. tempoh latihan industri tertakluk kepada tempoh yang ditetapkan oleh IPT;
  5. mempunyai tahap kesihatan yang baik; dan
  6. diperakukan oleh Dekan/Ketua Program di IPT masing-masing.

4. DOKUMEN PERMOHONAN

Pelajar boleh memohon dengan mengemukakan dokumen berikut:

  • Surat permohonan pelajar
  • Resume pelajar
  • Surat rasmi daripada IPTA/IPTS*
  • Transkrip pengajian*

(* Dokumen dalam format PDF/JPEG jika dihantar melalui e-mel)

        Permohonan perlu dikemukakan ke alamat berikut:

Seksyen Dasar & Pembangunan Kerjaya
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Jabatan Audit Negara
Aras 4, Blok F3,
Kompleks F
Lebuh Perdana Timur, Presint 1,
62000 Putrajaya

atau melalui e-mel kepada:

  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Permohonan hendaklah dikemukakan selewatnya-lewatnya 2 bulan sebelum tarikh latihan industri bermula.

  • Modified on: 25 Apr 2022
  • Print
  • 1802