A- A A+
A A A      

faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

B. UMUM

1. Bagaimanakah cara untuk memohon jawatan di Jabatan Audit Negara (JAN)?

Semua jawatan yang ditawarkan oleh Jabatan Audit Negara diuruskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Permohonan jawatan boleh dibuat melalui pautan di bawah :

http://www.spa.gov.my/Portal/Pemohon_Pekerjaan

JAN hanya menguruskan permohonan jawatan bagi Pembantu Am Pejabat (PAP) dan Pemandu Jabatan sahaja. Sebarang maklumat lanjut mengenai kekosongan jawatan ini akan dimaklumkan melalui laman web Jabatan dari semasa ke semasa.

2. Bagaimanakah caranya untuk memohon untuk menjalani latihan praktikal/ industri di Jabatan Audit Negara?

Kesemua permohonan untuk membuat latihan praktikal/ industri di JAN (termasuk di JAN negeri) perlulah dihantar kepada :

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
JABATAN AUDIT NEGARA
ARAS 1-9, BLOK F2 & F3,
KOMPLEKS F, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
LEBUH PERDANA TIMUR, PRESINT 1,
62000 PUTRAJAYA.

3. Bagaimanakah prosedur bagi memohon membuat lawatan ke Jabatan Audit Negara?

Sebarang permohonan lawatan ke JAN/ AAN perlulah dimajukan kepada alamat seperti berikut di bawah :

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
JABATAN AUDIT NEGARA
ARAS 1-9, BLOK F2 & F3,
KOMPLEKS F, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
LEBUH PERDANA TIMUR, PRESINT 1,
62000 PUTRAJAYA.

4. Di mana Laporan Ketua Audit Negara boleh diperolehi?

laporan_ketua_audit

Kesemua LKAN boleh dimuat turun daripada website JAN melalui pautan berikut:

i. Kewangan
Kewangan

ii. Aktiviti
Aktiviti

iii. Syarikat
Syarikat

iv. Negeri
Negeri

5. Di manakah buku kecemerlangan pengurusan kewangan dari Perspektif Jabatan Audit Negara boleh diperolehi?

Buku ini boleh dibeli daripada mana-mana cawangan INTAN.

  • Dikemaskini pada: 16 Feb 2022
  • Cetak
  • 3523