06. Saya bertugas di Unit Audit Dalam Kementerian XYZ. Adakah Borang Permohonan Pertukaran harus mendapat sokongan dan kelulusan Ketua Audit Dalam sahaja?
Bagi pegawai yang bertugas di Unit Audit Dalam/Bahagian Audit Dalam/Cawangan Audit Dalam, pegawai hendaklah mendapatkan sokongan daripada Ketua Audit Dalam dan kelulusan daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) Kementerian dimana pegawai bertugas.