02. Bagaimanakah cara untuk memohon pertukaran bagi skim gunasama dan skim-skim kader yang lain?
Cara untuk memohon pertukaran bagi skim gunasam dan skim-skim kader adalah seperti berikut:
i. Mengisi dan melengkapkan maklumat Borang Permohonan JAN (Lampiran I) (borang boleh dimuat turun di portal JAN)
ii. Mengisi maklumat dan muat naik dokumen permohonan pertukaran melalui HRMIS dibawah Modul Perolehan Sumber Manusia.
iii. Dokumen yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut:
- Borang permohonan JAN (Lampiran I)
- Surat justifikasi
- Dokumen yang berkaitan