KUMPULAN KERJA
Kumpulan Kerja & Jawatankuasa Kecil
Kumpulan Kerja Pengauditan IT
Jabatan Audit Negara telah menganggotai jawatankuasa Kumpulan Kerja yang ke-37 bagi pengauditan IT pada tahun 2008. Mesyuarat kali ke-17 jawatankuasa tersebut dijadual diadakan di Doha, Qatar pada tahun 2009.
Tajuk | Lampiran |
Laporan Ringkas The 18th INTOSAI Working Group On It Audit Pada 20 - 22 April 2009 di Doha,Qatar | ![]() |
Jawatankuasa Kecil Garis Panduan Pengauditan Kewangan
Jabatan Audit Negara menyertai jawatankuasa tersebut sebagai Back Office Expert (BOE) pada tahun 2004. Jawatankuasa ini bertanggungjawab mengkaji semula Standard Pengauditan Antarabangsa (ISA) yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Standard Pengauditan INTOSAI Seramai 3 orang pegawai jabatan terlibat dalam Jawatankuasa Kecil ini.
Jawatankuasa Kecil Perakaunan dan Pelaporan
Jabatan Audit Negara merupakan ahli kepada Jawatankuasa kecil ini yang bertanggungjawab menyediakan rangka standard perakaunan sebagai panduan kepada Institusi Audit Utama terutamanya dalam bidang perakaunan. Jawatankuasa ini juga menyelaras dan bekerjasama dengan Public Sector Committee (PSC) terutama dalam hal berkaitan International Federation of Accountants (IFAC).
Mesyuarat Pengauditan Alam Sekitar
Jabatan Audit Negara telah menyertai mesyuarat pengauditan Alam Sekitar iaitu mesyuarat ke-9 di Moscow, Russia pada tahun 2005 dan mesyuarat ke-11 di Arusha, Tanzania pada tahun 2007. Mesyuarat kali ke-12 dijadual pada tahun 2009 di Doha, Qatar.