Assalamualaikum WBT. dan Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,
URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI JABATAN AUDIT NEGARA BAGI GRED W7 DAN W6
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan ini akan mengadakan urusan pemangkuan bagi jawatan:
i. Jawatan Penolong Juruaudit Gred W6 ke Gred W7;dan
ii. Jawatan Penolong Juruaudit Gred W5 ke Gred W6
3. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini dikemukakan iklan tersebut untuk makluman dan perhatian tuan/ puan jua.
Senarai Lampiran | |
Iklan Pemangkuan | Muat Turun |
1. Borang Pemangkuan | Muat Turun |
4. Dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Jabatan ini selewat-lewatnya pada 26 Jun 2025 (Khamis) ke alamat:
Timbalan Pengarah
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Seksyen Pengurusan Prestasi
Aras 4, Blok F3, Kompleks F
Lebuh Perdana Timur, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 PUTRAJAYA
(u.p: Seksyen Pengurusan Prestasi)
4. Sebarang pertanyaan berhubung urusan ini bolehlah diajukan kepada pegawai-pegawai berikut:
- Puan Norafiza binti Abu Bakar - 03-8091 1823
- Puan Afizah binti Aziz - 03-8091 1825
- Puan Siti Noor Suhadah binti Omar - 03-8091 1826
Sekian, terima kasih.
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Sektor Pengurusan
Jabatan Audit Negara