A- A A+
A A A      

faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

ASOSAI

Asian Organizations of Supreme Audit Institutions (ASOSAI) ditubuhkan pada 1979 di mana Malaysia merupakan antara 11 negara pelopor semasa penubuhannya. Objektif utama ASOSAI adalah menjalinkan kerjasama, perkongsian pengetahuan dan pembangunan kapasiti Institusi Audit di kalangan negara Asia. Kini keanggotaan ASOSAI telah berkembang kepada 47 buah negara. Malaysia amat komited dalam menghadiri persidangan dan seminar antarabangsa yang dianjurkan ASOSAI bagi tujuan pertukaran idea dan pengalaman dalam bidang pengauditan sektor awam. Selain penyertaan dalam program ASOSAI, JAN telah memainkan peranan penting dalam pembangunan dan pelaksanaan pelan strategik ASOSAI dengan keanggotaan di dalam ASOSAI Governing Board sejak dari penubuhannya. Malaysia telah diberi mandat untuk menerajui ASOSAI selaku Pengerusi ASOSAI bagi tempoh 2015 - 2018. JAN melalui Akademi Audit Negara terlibat di dalam penganjuran program-program ASOSAI yang disertai oleh pelbagai negara anggota. Pada tahun 2018, Akademi Audit Negara telah mendapat pengiktirafan sebagai ASOSAI Recognized Training Center. Maklumat lanjut mengenai ASOSAI boleh diperolehi di laman web ASOSAI iaitu www.asosai.org.

LAPORAN-LAPORAN BERKAITAN ASOSAI :

Senarai Borang Lampiran
LAPORAN PERHIMPUNAN ASOSAI KE-12, SIMPOSIUM KE-5 DAN MESYUARAT LEMBAGA PENGELOLA ASOSAI KE-45 DI JAIPUR, INDIA pdf
LAPORAN PERHIMPUNAN ASOSAI KE 11 DAN SIMPOSIUM KE 4 DI ISLAMABAD, PAKISTAN pdf
Seminar ke-4 pengauditan alam sekitar & mesyuarat ke-3 kumpulan kerja pengauditan alam sekitar (wgea) pertubuhan institusi audit tertinggi asia (ASOSAI), 18 - 20 september 2012, equatorial hotel, Pulau Pinang, Malaysia pdf
Jabatan Audit Negara dengan kerjasama GIZ pdf
Mesyuarat teknikal parallel audit on illegal, unreported and unregulated (IUU) fishing and its environment , customs duties assessment on exported goods, water resources management bersama JAN Malaysia dan BPK-RI pdf
  • Dikemaskini pada: 07 Feb 2022
  • Cetak
  • 3422