faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Assalamualaikum WBT. dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

JADUAL PEPERIKSAAN JABATAN BIL.1 TAHUN 2026 BAGI SKIM PERKHIDMATAN JURUAUDIT GRED W9 DAN PENOLONG JURUAUDIT GRED W5

Adalah dimaklumkan Mesyuarat Panel Peperiksaan Jabatan Bilangan 1 Tahun 2026 telah meluluskan Jadual Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Jabatan Tahun 2026. Peperiksaan ini adalah bagi Skim Perkhidmatan Juruaudit gred W9 dan Penolong Juruaudit gred W5 dalam percubaan. Sehubungan dengan itu, calon-calon yang terlibat boleh membuat permohonan mengikut tarikh permohonan seperti di dalam jadual ini melalui Sistem Pembangunan Modal Insan (SPMI) bagi warga Jabatan Audit Negara dan Unit Audit Dalam. Manakala bagi Calon Tumpang boleh membuat permohonan peperiksaan melalui Portal Jabatan Audit Negara di bawah sub-menu Awam. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi urus setia peperiksaan di talian 03-8091 1828 / 1829 / 1830 / 1833.

Jadual Peperiksaan Bil. 1 Tahun 2026 Muat Turun

 

Sekian,

Seksyen Pembangunan Kompetensi
Cawangan Prestasi & Pembangunan Kompetensi
Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Sektor Pengurusan
Jabatan Audit Negara

  • Dikemaskini pada: 11 Mar 2026
  • Cetak
  • 81

faqhubungimaklumbalaspeta