faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sesi Penyampaian Sijil Anugerah Penarafan Pengurusan Perakaunan Pusat Tanggungjawab (PTJ) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Tahun 2024

WhatsApp Image 2025 10 02 at 22.02.35 WhatsApp Image 2025 10 02 at 22.02.35 1 WhatsApp Image 2025 10 02 at 22.02.36 WhatsApp Image 2025 10 02 at 22.02.36 1 WhatsApp Image 2025 10 02 at 22.02.37

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah meraikan pengiktirafan kejayaan warga JAN yang menerima Anugerah Penarafan Pengurusan Perakaunan Pusat Tanggungjawab (PTJ) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Tahun 2024 yang diterima Jabatan Audit Negara Negeri Selangor, Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak Cawangan Sibu, Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak Cawangan Miri dan Jabatan Audit Negara Negeri Sabah Cawangan Keningau.

Penyampaian sijil Anugerah Penarafan Pengurusan Perakaunan PTJ JPM Tahun 2024 ini telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara di Putrajaya pada 2 Oktober 2025.

Pengiktirafan ini merupakan pencapaian prestasi cemerlang dan penganugerahan 5 Bintang Penarafan Amalan Terbaik Pengurusan Perakaunan PTJ JPM Tahun 2024.

Semoga pengiktirafan ini dapat menjadi contoh terbaik kepada semua PTJ lain di bawah Jabatan Audit Negara.

Turut hadir ialah YBrs Puan Azlin Azizan, Pengarah Sektor Pengurusan bersama Pengarah JAN Negeri Selangor, Sabah dan Sarawak.

 

  • Dikemaskini pada: 02 Oct 2025
  • Cetak
  • 38

faqhubungimaklumbalaspeta