faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Majlis Townhall Ketua Audit Negara Bersama Warga Sektor Audit Prestasi Tahun 2025

WhatsApp Image 2025 10 01 at 20.24.40 WhatsApp Image 2025 10 01 at 20.24.41 WhatsApp Image 2025 10 01 at 20.24.41 1 WhatsApp Image 2025 10 01 at 20.24.46 WhatsApp Image 2025 10 01 at 20.24.48

 

Sesi Townhall Ketua Audit Negara Bersama Warga Sektor Audit Prestasi (SAP) Tahun 2025 telah diadakan pada 1 Oktober 2025. Majlis tersebut dihadiri seramai 200 orang pegawai daripada SAP dan wakil Sektor Pengurusan.

YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi dalam amanat beliau telah menekankan peranan penting yang dimainkan oleh SAP dalam menilai keberkesanan dan kecekapan program/aktiviti Kerajaan. Pelaksanaan audit prestasi memerlukan perancangan yang teliti, pengumpulan bukti audit yang sahih dan mencukupi serta pelaporan "water tight" yang seterusnya tidak boleh dipertikaikan. Beliau juga turut mengingatkan supaya pegawai menghapuskan budaya kerja 'silo' dan mengamalkan semangat kerja berpasukan. Selain itu, pegawai disarankan supaya turut membudayakan perkongsian pengetahuan dan kolaborasi merentasi sektor dan Negeri.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi) dan Pengarah Sektor Pengurusan.

 

  • Dikemaskini pada: 01 Oct 2025
  • Cetak
  • 39

faqhubungimaklumbalaspeta