faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Lawatan Kerja Rasmi Ketua Audit Negara Ke Negeri Kelantan

WhatsApp Image 2025 05 13 at 21.33.43 WhatsApp Image 2025 05 13 at 21.33.45 WhatsApp Image 2025 05 13 at 21.34.50 WhatsApp Image 2025 05 13 at 21.34.51 WhatsApp Image 2025 05 13 at 21.34.51 1

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN), telah mengadakan Lawatan Kerja Rasmi ke Negeri Kelantan pada 12-13 Mei 2025.

Antara rangka lawatan tersebut, YBhg. Dato’ Seri KAN telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Kelantan bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024, yang berlangsung di Bilik Gerakan Negeri, Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu.

Selesai mesyuarat, YBhg. Dato’ Seri KAN telah menyempurnakan sesi penyerahan Sijil Ketua Audit mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Kelantan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 kepada YBM Tengku Kaya Perkasa, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Hadir sama dalam mesyuarat tersebut ialah YBhg. Datuk Hajah Patimah binti Ramuji, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); YB Dato’ Rosnazli bin Haji Amin, Pegawai Kewangan Negeri; YBrs. Encik Roslan bin Yahya, Bendahari Negeri dan YBrs. Encik Azmi bin Hassan, Pengarah Audit Negeri Kelantan.

YBhg. Dato’ Seri KAN turut berkesempatan meninjau status Projek Pembangunan Bandar Berkonsepkan Islam (Islamic City) yang terletak di Mukim Tiong, Kota Bharu. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran lebih dekat mengenai kemajuan projek pembangunan tersebut.

Selain itu, beliau juga mempengerusikan Mesyuarat 1st Cut bagi Pengauditan Syarikat-Syarikat Kerajaan Negeri, yang dikendalikan oleh Jabatan Audit Negara Negeri Kelantan selaku urus setia.

WhatsApp Image 2025 05 13 at 21.36.39 WhatsApp Image 2025 05 13 at 21.36.39 1 WhatsApp Image 2025 05 13 at 21.36.39 2 WhatsApp Image 2025 05 13 at 21.36.43 WhatsApp Image 2025 05 13 at 21.36.45

 

 

  • Dikemaskini pada: 16 May 2025
  • Cetak
  • 42

faqhubungimaklumbalaspeta