Lawatan Kerja Ketua Audit Negara Ke Negeri Perak
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato' Seri Ketua Audit Negara telah mempengerusikan secara bersama Mesyuarat Sesi Libat Urus berkaitan Isu-Isu Dalam Sistem Papan Pemuka Dalam Talian Ketua Audit Negara (AGD) melibatkan Kerajaan Negeri Perak dengan YB Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak pada hari Isnin, 5 Mei 2025.
Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah YBhg. Datuk Nor Salwani Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi); YBrs. Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat); YB Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, YB Pegawai Kewangan Negeri Perak, Puan Selwah binti Said, Pengarah Audit Negeri Perak serta Ketua-ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri Perak.
YBhg. Dato' Seri KAN turut mempengerusikan Mesyuarat 1st Cut bagi empat tajuk pengauditan yang dilaksanakan oleh JAN Negeri Perak pada 4 Mei 2025.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |