Program Santuni MADANI Jabatan Audit Negara Tahun 2024
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI) Jabatan Audit Negara Tahun 2024 telah diadakan di Taman Tasik Taiping pada 2 November 2024 (Sabtu) bertujuan untuk memperkukuh hubungan antara pemimpin dan komuniti setempat.
Majlis peluncuran Program Santuni MADANI telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara dengan dihadiri oleh YB Tuan Wong Kah Woh, Timbalan Menteri Pendidikan; Pegawai Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama; dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping.
Program Santuni MADANI JAN melibatkan Sesi Libat Urus antara Ketua Audit Negara dan penduduk setempat bagi mengenal pasti masalah sosioekonomi dan keperluan penduduk di dua kampung berdekatan iaitu Kampung Pokok Assam dan Kampung Tupai.
Beberapa aktiviti sampingan juga telah diadakan termasuk senamrobik melibatkan komuniti sekitar Taman Tasik Taiping, serta pemberian sumbangan Bungkusan RAHMAH kepada 30 keluarga kategori memerlukan daripada pelbagai kaum.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |