Program Wacana Integriti Dengan Tajuk ‘Tarbiah Ramadan Membentuk Integriti Ummah’
![]() |
![]() |
![]() |
Bersempena bulan Ramadan yang bakal menjelma, Unit Integriti Jabatan Audit Negara telah menganjurkan Program Wacana Integriti dengan tajuk ‘Tarbiah Ramadan Membentuk Integriti Ummah’ pada 1 Mac 2024 bertempat di Ibu Pejabat JAN. Ceramah ini telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Abdul Muhaimin bin Mahmood daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara dan Timbalan-timbalan Ketua Audit Negara. Seramai 100 orang warga JAN telah hadir secara fizikal dan dan lebih 200 orang warga JAN turut menyertai majlis secara dalam talian melalui penstriman langsung.
Semoga dengan program sebegini akan menjadi pemangkin kepada semua warga JAN untuk menjadi insan yang berintegriti serta bermuhasabah diri dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai penjawat awam.