faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Publications

Majlis Perjumpaan Ketua Audit Negara Bersama Ahli PUSPANITA Cawangan Jabatan Audit Negara

WhatsApp Image 2025 10 02 at 22.00.59 WhatsApp Image 2025 10 02 at 22.01.00 WhatsApp Image 2025 10 02 at 22.01.00 1 WhatsApp Image 2025 10 02 at 22.01.01 1 WhatsApp Image 2025 10 02 at 22.01.01

 

Pada 2 Oktober 2025, YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah menghadiri Majlis Perjumpaan bersama ahli PUSPANITA Cawangan Jabatan Audit Negara (JAN) yang menghimpunkan seramai 150 orang ahli JAN. Beliau diiringi oleh YBhg. Datuk Nor Salwani binti Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi), dan YBrs. Puan Azlin binti Azizan, Pengarah Sektor Pengurusan merangkap Pengerusi PUSPANITA JAN.

Dalam ucapan beliau, YBhg. Dato’ Seri menekankan bahawa aktiviti PUSPANITA bukan sekadar mengeratkan silaturahim, malah menjadi wahana penting bagi pemerkasaan peranan wanita dalam organisasi. PUSPANITA JAN diseru agar terus menjadi rakan strategik kepada Jabatan Audit Negara dalam menyokong agenda transformasi perkhidmatan awam dengan menonjolkan integriti, profesionalisme dan inovasi. Penglibatan aktif ahli wanita dalam PUSPANITA diyakini mampu memperkukuh potensi kepimpinan, memperluas jaringan sokongan serta memberi nilai tambah kepada kejayaan jabatan dalam mencapai visi dan misinya.

Majlis turut dimeriahkan dengan jualan dan perkhidmatan spa oleh usahawan sekitar Putrajaya yang sebahagian besarnya dikendalikan oleh wanita, sekaligus memperlihat sumbangan wanita dalam bidang keusahawanan. Selain itu, YBhg. Dato’ Seri juga telah merasmikan mesin vending Tao Bin milik punya PUSPANITA JAN. Turut hadir ialah Encik Dave Kwok daripada Jabatan Pengurusan Perniagaan Tao Bin Sdn. Bhd.

WhatsApp Image 2025 10 02 at 22.01.02 WhatsApp Image 2025 10 02 at 22.01.02 1 WhatsApp Image 2025 10 02 at 22.01.02 2 WhatsApp Image 2025 10 02 at 22.01.03 WhatsApp Image 2025 10 02 at 22.01.04

 

  • Modified on: 02 Oct 2025
  • Print
  • 22