Division Functions
AUDITOR GENERAL'S OFFICE SECTOR
- Mengkoordinasi dan membantu Ketua Audit Negara dalam melaksanakan tugasan pengauditan dan pengoperasian termasuk keselamatan agar semua aspek dapat diuruskan secara teratur dan berkesan.
- Bertanggungjawab menyelaras proses penyediaan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) bagi pengauditan prestasi, kewangan dan tadbir urus yang dilaksanakan oleh Jabatan Audit Negara, Negeri (JAN Negeri) dari aspek perancangan, pelaksanaan, pelaporan sehingga LKAN tersebut dibentangkan di Parlimen/Dewan Undangan Negeri.
- Melaksanakan kursus, program dan aktiviti latihan yang dikendalikan oleh tenaga pengajar yang profesional dan berpengalaman di bawah Lima (5) Program iaitu Program Pengauditan, Program Perakaunan, Program IT, Program Pengurusan dan Program Antarabangsa bagi mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran demi melonjakkan prestasi modal insan.
- Bertanggungjawab memberi nasihat perundangan secara profesional kepada JAN bagi memastikan dasar JAN dan kajian pengauditan yang dilaksanakan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan undang-undang.
- Memastikan perhubungan awam antara JAN dengan pihak luar terjalin dengan cekap dan berkesan agar imej JAN terpelihara.
i.Cawangan Dasar
- Menjalankan kajian, merangka dan menggubal dasar, polisi audit dan perkara berkaitan perundangan yang meliputi penyediaan kertas dasar JAN, polisi Audit, pindaan akta, pewartaan syarikat, penyediaan dan penambah baikan garis panduan, Pelan Strategik dan lain-lain yang berkaitan
- Menjalankan kajian, merangka dan menyedia Sistem Pengurusan Kualiti/Dasar Kualiti JAN, melaksanakan aktiviti Quality Assurance Review (QAR) bagi pengauditan pengesahan penyata kewangan, pematuhan dan prestasi dan pelaporan QAR; dan
- Menjadi urus setia dan penyelaras bagi program JAN, mesyuarat dan lain-lain perkara berkaitan.
ii.Cawangan Hubungan Antarabangsa
- Merancang, melaksana dan menjalinkan hubungan kepakaran dalam bidang pengauditan di peringkat antarabangsa bagi tujuan meningkatkan kompetensi, kemahiran pegawai seterusnya menerapkan budaya pengauditan terkini kepada institusi di samping menjalin kerjasama dalam bidang pengauditan di peringkat serantau bagi memastikan pengauditan yang dilaksanakan oleh Jabatan Audit Negara Malaysia sentiasa berkualiti dan menepati piawaian pengauditan antarabangsa.
- Bertanggungjawab untuk mengurus dan melaksanakan inisiatif-inisiatif penginstitusian integriti, pencegahan, pematuhan, pengesanan salah laku serta tindakan punitif secara lebih fokus, terancang, efisien dan optimum, selaras dengan PP Bil. 6 Tahun 2013.
- Menjalankan pemeriksaan bagi menilai sama ada wang awam telah dibelanjakan untuk tujuan ianya diperuntukkan dan aktiviti telah dilaksanakan secara cekap dan berhemat bagi mengelakkan penyelewengan, pembaziran dan pemborosan dalam perbelanjaan awam. Pengauditan ini dikenali sebagai pengauditan prestasi atau value for money audit.
- Menjalankan pengauditan bagi memastikan tahap akauntabiliti sektor awam terpelihara, wang awam diuruskan dengan cekap dan rekod perakaunan diselenggarakan dengan teratur.
- Aktiviti yang dijalankan adalah Pengauditan Pengesahan Penyata Kewangan (Persekutuan/Negeri/Agensi), Pengauditan Pengurusan Kewangan (Indeks Akauntabiliti), Pengauditan Pematuhan (merangkumi penyata kewangan dan pengurusan kewangan), Pengauditan Luar Negara (termasuk Pejabat Perwakilan Luar Negara) dan Pengauditan Mengejut.
- Melaksanakan pengauditan terhadap syarikat yang menerima geran/pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan/Negeri atau sebuah syarikat di mana lebih daripada separuh modal saham berbayar adalah milik Kerajaan Persekutuan/ Negeri/ Agensi Negeri.
- Pengauditan dilaksanakan terhadap akaun-akaun syarikat yang dinyatakan dalam Perintah Audit (Akaun Syarikat) P.U.(A) 294 bertarikh 30 September 2017.
- Melaksanakan Pengauditan Penyata Kewangan, Pengauditan Pematuhan, Pengauditan Prestasi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan terhadap akaun Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Negeri dan agensi di bawah Kerajaan Negeri serta program dan aktiviti Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Negeri dan agensi di bawah Kerajaan Negeri.
- Memastikan pengurusan modal insan, pengurusan kewangan, pentadbiran dan teknologi maklumat dilaksanakan dengan teratur dan cekap bagi mencapai visi dan misi JAN.