Sesi Bicara Eksekutif Bertajuk Pengauditan Pintar (Smart Auditing): Mengemudi Integriti Dan Kecekapan Penyampaian
Perkhidmatan Digital Kerajaan
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara berkesempatan hadir ke Sesi Bicara Eksekutif yang telah diadakan di Jabatan Audit Negara Negeri Sabah pada 28 Januari 2026.
Sesi ini telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Haji Y Hamdan bin Mohd Dom, Penasihat Program Perubahan Iklim dan Pendigitalan Jabatan Audit Negara dan YBrs. Puan Baridatul Anita binti Bidin, Pengarah Akademi Audit Negara sebagai moderator turut diikuti secara dalam talian.
Tujuan bicara eksekutif ini diadakan untuk memastikan Pendigitalan Perkhidmatan Jabatan (PPJ) dapat digerakkan dan proses mentransformasikan pengauditan kearah pendigitalan dapat dilaksanakan oleh warga JAN.
Turut hadir adalah Puan Norliza Binti Md. Nuruddin @ Nordin, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi) dan pegawai-pegawai Jabatan Audit Negara Negeri Sabah.







