faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Mesyuarat Pembukaan Pengauditan Pengurusan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok, Kelantan

619065339 1339773318194711 1719194823702563385 n 619098584 1339773401528036 5475072689789201713 n 621832341 1339773214861388 7548920932107068757 n 622845146 1339773178194725 6553991340880637881 n

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Pembukaan Pengauditan Pengurusan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok, Kelantan pada 27 Januari 2026 di Jabatan Audit Negara, Putrajaya.

Mesyuarat telah dihadiri oleh YBhg. Dato Raja Nushirwan bin Zainal Abidin, Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN); YBhg. Dato’ Mohd Rodzwan bin Mohd Baba Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Air), Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA); YBhg. Datuk Ir. Mohamad Radzi bin Abdul Talib, Ketua Pengarah, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS); dan Ir. Ts. Gs. Dr. Hajah Siti Fairus binti Hj. Zakaria, Pengarah JPS Negeri Kelantan.

Turut hadir bersama adalah Puan Norliza binti Md. Nuruddin; Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi); YBhg. Datin Paduka Zirawati binti Kadir, Pengarah Audit Prestasi III; dan Encik Azmi bin Hassan, Pengarah Audit Negeri Kelantan.

 

  • Dikemaskini pada: 27 Jan 2026
  • Cetak
  • 17

faqhubungimaklumbalaspeta