Majlis Penutup Bengkel Pemantapan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam (MAI)
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara berkesempatan merasmikan Majlis Penutup Bengkel Pemantapan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam (MAI) pada 22 Januari 2026 di Ipoh, Perak.
Bengkel anjuran Akademi Audit Negara (AAN) ini telah berlangsung mulai 20 hingga 22 Januari 2026. Ianya telah menghimpunkan seramai 84 orang peserta yang terdiri daripada wakil pelbagai agensi Majlis Agama Islam (MAI) seluruh negara, dengan objektif memperkukuh kefahaman dan amalan terbaik dalam penyediaan penyata kewangan yang telus serta berintegriti.
Dalam ucapan perasmian beliau, YBhg. Dato' Seri menekankan bahawa usaha memantapkan penyata kewangan di peringkat MAI, Institusi Baitulmal, Zakat dan Wakaf memerlukan komitmen berterusan dari individu, institusi dan Masyarakat dalam memastikan perbelanjaan awam membawa manfaat maksimum kepada rakyat dan memupuk kepercayaan awam. Pada akhir majlis penutup juga telah diadakan Sesi Townhall antara YBhg. Dato' Seri bersama semua peserta.
Tambah beliau, JAN kini sedang membangunkan Garis Panduan baharu berhubung pengauditan Majlis Agama Islam berdasarkan Piawaian Perakaunan Islam Baitulmal, Zakat dan Wakaf.
Turut hadir ke Majlis Penutup adalah YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak; YB Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak; Tuan Syamsul Hazeman Bin Md Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk); Encik Azman Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); Puan Norliza binti Md. Nuruddin @ Nordin, Timbalan Ketua Audith Negara (Prestasi) dan Puan Baridatul Anita Bidin, Pengarah Akademi Audit Negara.







