Ziarah Prihatin JAN
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara telah menziarahi Encik Salutan Lisa, Ketua Audit Dalam, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), di kediaman beliau di Rawang, Selangor susulan masalah kesihatan yang dialami semasa bertugas dan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) baru-baru ini.
Dalam ziarah tersebut, YBhg. Dato’ Seri turut menyampaikan bakul buah sumbangan Majlis Sukan Jabatan Audit Negara Malaysia (MASJAN) dan Kelab Audit Wilayah Persekutuan (KAWIP) sebagai tanda keprihatinan Jabatan Audit Negara (JAN) terhadap warganya.
Turut hadir ialah Tuan Haji Azunan bin Daud, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat) merangkap YDP KAWIP, Puan Azlin binti Azizan, Pengarah Sektor Pengurusan dan Puan Hely Herlynna binti Mohd Kassim, Setiausaha Kehormat MASJAN serta wakil KAWIP.
Semoga Encik Salutan Lisa terus diberikan kekuatan, dipermudahkan urusan rawatan dan dikurniakan kesihatan yang baik.





