faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Ziarah Takziah

WhatsApp Image 2026 01 27 at 09.02.45 1 WhatsApp Image 2026 01 27 at 09.02.46 1 WhatsApp Image 2026 01 27 at 09.02.46 2 WhatsApp Image 2026 01 27 at 09.02.46 3 WhatsApp Image 2026 01 27 at 09.02.47 WhatsApp Image 2026 01 27 at 09.02.47 1

 

YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara telah meluangkan masa menziarahi Puan Siti Rasyidah binti Noslee, Penolong Juruaudit yang sedang bercuti Cuti Menjaga Anak (CMA), di kediamannya di Presint 5, Putrajaya. Beliau sebelum ini berkhidmat di Bahagian 1, Sektor Audit Kewangan.

Ziarah ini susulan pemergian anak syurga beliau yang berusia 1 tahun 8 bulan, yang menghidap cerebral palsy dan meninggal dunia akibat komplikasi pernafasan pada 25 Januari 2026.

Dalam kunjungan ini, YBhg. Dato’ Seri turut menyampaikan sumbangan Tabung JAN serta sumbangan KAWIP sebagai tanda keprihatinan dan sokongan.

Turut hadir Puan Raftah binti Ibrahim, Pengarah Audit Kewangan 1, Puan Hely Herlynna binti Mohd Kassim, Setiausaha Kehormat MASJAN serta Biro Kebajikan KAWIP.

Seluruh warga Jabatan Audit Negara merakamkan salam takziah dan turut mendoakan agar Puan Siti Rasyidah sekeluarga diberikan kekuatan, kesabaran serta ketabahan menghadapi ujian ini. Al-Fatihah dan semoga roh anak yang dikasihi ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

 

  • Dikemaskini pada: 26 Jan 2026
  • Cetak
  • 22

faqhubungimaklumbalaspeta