faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Majlis Penghargaan Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025

WhatsApp Image 2026 01 19 at 20.31.38 WhatsApp Image 2026 01 19 at 20.31.38 1 WhatsApp Image 2026 01 19 at 20.31.39 WhatsApp Image 2026 01 19 at 20.31.39 1 WhatsApp Image 2026 01 19 at 20.31.39 2

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah menghadiri Majlis Penghargaan Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 pada 19 Januari 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Penglibatan Jabatan Audit Negara (JAN) dalam majlis ini mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dalam memperkukuh tadbir urus, akauntabiliti dan ketelusan di peringkat serantau, selari dengan peranan aktif JAN sepanjang Kepengerusian ASEAN–Malaysia 2025.

Komitmen tersebut dizahirkan melalui penganjuran julung kali Persidangan Juruaudit ASEAN pada 27–28 Mei 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), bersempena pelantikan Ketua Audit Negara sebagai Pengerusi Jawatankuasa Audit ASEAN. Persidangan ini telah menghimpunkan peserta sektor awam dan swasta serta penyertaan Ketua Institusi Audit Tertinggi (Supreme Audit Institution – SAI) dari negara ASEAN dan Asia, termasuk SAI Brunei, SAI Filipina, SAI Kemboja, SAI Lao PDR, SAI Maldives dan SAI Yemen.

Selain itu, JAN turut terlibat dalam Kepengerusian Malaysia Dalam Jawatankuasa Audit ASEAN (ASEAN Audit Committee - AAC) sepanjang tahun 2025. Mesyuarat ini telah menghimpunkan wakil daripada 10 Negara Anggota ASEAN dan dipengerusikan oleh Ketua Audit Negara merangkap Pengerusi Jawatankuasa Audit ASEAN.

 

  • Dikemaskini pada: 19 Jan 2026
  • Cetak
  • 70

faqhubungimaklumbalaspeta