Mesyuarat Penutup Pengauditan Pengurusan Projek Pembinaan Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPSAS) Pahang
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penutup Pengauditan Pengurusan Projek Pembinaan Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPSAS) Pahang pada 13 Januari 2026 di Ibu Pejabat, Jabatan Audit Negara (JAN), Putrajaya.
Mesyuarat dihadiri oleh YB. Dato’ Sri Nazri bin Abu Bakar, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Indera Haji Fadzilla bin Haji Salleh, Pegawai Kewangan Negeri Pahang, YH. Dato’ Ts. Gs. Dr. Mohd Zakaria bin Ibrahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dan YH. Dato’ Ir. Ts. Hafizah binti Zakaria, Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang.
Selain itu, wakil agensi teknikal seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pahang dan Indah Water Konsortium Sdn Bhd turut hadir.
Puan Norliza binti Md Nuruddin@Nordin, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi) dan Puan Azizah Haji Daud, Pengarah Audit Negeri Pahang juga hadir.





