faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Majlis Amanat Ketua Audit Negara Tahun 2026

WhatsApp Image 2026 01 17 at 16.01.51 WhatsApp Image 2026 01 17 at 16.01.52 2 WhatsApp Image 2026 01 17 at 16.01.54 WhatsApp Image 2026 01 17 at 16.01.54 1 WhatsApp Image 2026 01 17 at 16.01.54 2 WhatsApp Image 2026 01 17 at 16.01.55 WhatsApp Image 2026 01 17 at 16.01.55 1

 

Majlis Amanat Ketua Audit Negara Tahun 2026 telah diadakan pada 16 Januari 2026 (Jumaat) di Dewan Damar Sari 1 & 2, Blok F8, Kompleks F, Putrajaya bertemakan Menjunjung Amanah: Audit Berkualiti, Meningkatkan Akauntabiliti.

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN), telah menyampaikan amanat tahun baharu kepada 818 orang warga Jabatan Audit Negara (JAN) yang hadir secara fizikal, manakala lebih 714 orang warga JAN dari seluruh negara telah mengikuti majlis secara dalam talian menjadikan jumlah keseluruhan kehadiran seramai 1,532 orang warga JAN.

Majlis amanat kali ini dimulai dengan taklimat Akta Audit 1957 [𝘈𝘬𝘵𝘢 62], Pelan Strategik JAN 2026-2030 dan Pelan Pencegahan Rasuah Organisasi (PPRO) 2026-2030. Taklimat ini merupakan satu iniasitif medium hebahan dan penerangan kepada semua warga JAN dengan jelas berkenaan perkembangan terkini dasar dan gerak kerja JAN.

Dalam ucapan beliau, YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara telah menekankan fokus utama JAN untuk tahun 2026 adalah kepada Reformasi Pengauditan, Pengantarabangsaan dan Pendigitalan. Dalam masa yang sama, YBhg. Dato' Seri KAN turut menyatakan agar semua warga JAN bersedia untuk perubahan yang lebih dinamik dan pragmatik.

Selain itu, YBhg. Dato' Seri KAN turut mengingatkan bahawa tahun ini sungguh bermakna buat JAN dengan sambutan ulangtahun 120 Tahun Penubuhan JAN. Pelbagai aktiviti atau program akan dianjurkan sempena sambutan 120 Tahun antaranya Perasmian Sambutan 120 Tahun JAN oleh YAB Perdana Menteri yang dijadualkan pada 26 Januari 2026, Larian 120 Tahun, Debat Parlimen, dan Persidangan Juruaudit Antarabangsa.

YBhg. Dato’ Seri KAN seterusnya telah menyampaikan Sijil Penghargaan Kelayakan Profesional Ketua Audit Negara kepada 12 orang warga JAN yang berjaya dianugerahkan Sijil Chartered Accountant, 24 orang yang berjaya mempunyai persijilan Association Of Chartered Certified Accountant (ACCA) serta seorang Certified Public Accountant (Malaysia).

Turut hadir ketiga-tiga Timbalan Ketua Audit Negara, pegawai-pegawai kanan JAN dan delegasi semua Ketua Unit Audit Dalam daripada pelbagai Kementerian, Jabatan dan Agensi.

WhatsApp Image 2026 01 17 at 16.01.58 WhatsApp Image 2026 01 17 at 16.01.58 1 WhatsApp Image 2026 01 17 at 16.01.59 WhatsApp Image 2026 01 17 at 16.01.59 1 WhatsApp Image 2026 01 17 at 16.02.01 1 WhatsApp Image 2026 01 17 at 16.02.02 2 WhatsApp Image 2026 01 17 at 16.02.03 WhatsApp Image 2026 01 17 at 16.02.03 1

 

 

  • Dikemaskini pada: 16 Jan 2026
  • Cetak
  • 763

faqhubungimaklumbalaspeta