faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Sembah Maklum Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu

WhatsApp Image 2026 01 08 at 22.47.25 1 WhatsApp Image 2026 01 08 at 22.47.26 1 WhatsApp Image 2026 01 08 at 22.47.26 2 WhatsApp Image 2026 01 08 at 22.47.27 1 WhatsApp Image 2026 01 08 at 22.47.28 WhatsApp Image 2026 01 08 at 22.47.28 3 WhatsApp Image 2026 01 08 at 22.47.28 1

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) merafak sembah menjunjung kasih kepada KDYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu pada hari ini 8 Januari 2026 di Istana Terengganu, Kuala Lumpur.

Dalam sesi tersebut, Dato’ Seri KAN telah membuat sembah maklum mengenai Prestasi Kewangan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) Tahun 2024 dan Pengauditan Sistem e-Selfaudit bagi Tahun 2025 bagi syarikat di bawah seliaan MAIDAM.

Hadir sama YB Dato' Nara Setia Dato' Zulkifli bin Ali (Setiausaha Kerajaan Terengganu); YB Dato’ Dr. Haji Mohamad Sabri bin Haron (Ahli Dewan Pangkuan DiRaja merangkap Dato’ Mufti Negeri Terengganu); dan YBhg. Dato’ Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin bin Adnan (Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM).

Selain itu, turut hadir sekali dalam sesi ini adalah Encik Mohd Fisul bin Ismail, Pengarah Audit Kewangan III JAN dan Encik Mohd Faidzal bin Abu, Pengarah Audit Negeri Terengganu.

 

  • Dikemaskini pada: 08 Jan 2026
  • Cetak
  • 33

faqhubungimaklumbalaspeta