faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Majlis Penutup Bengkel Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Audit Negara Tahun 2026

WhatsApp Image 2026 01 07 at 20.46.11 WhatsApp Image 2026 01 07 at 20.46.11 2 WhatsApp Image 2026 01 07 at 20.46.12 WhatsApp Image 2026 01 07 at 20.46.12 2 WhatsApp Image 2026 01 07 at 20.46.13 WhatsApp Image 2026 01 07 at 20.46.13 1

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara berkesempatan merasmikan Majlis Penutup Bengkel Pengurusan Sumber Manusia JAN pada 6 Januari 2026.

Bengkel Pengurusan Sumber Manusia ini yang telah berlangsung sejak 4 Januari 2026 telah menghimpunkan seramai 50 orang Pengurus Sumber Manusia dari Ibu Pejabat dan Jabatan Audit Negara Peringkat Negeri.

Dalam ucapan perasmian beliau, YBhg. Dato' Seri KAN menekankan bahawa Pengurus Sumber Manusia JAN merupakan tunjang utama dalam memastikan pengurusan tenaga kerja JAN dilaksanakan secara cekap, berkesan dan berintegriti. Beliau menambah bahawa selaras dengan pindaan Akta Audit 1957, pengurusan sumber manusia JAN juga perlu seiring dengan perubahan ini bagi memastikan kualiti penyampaian perkhidmatan yang baik diberikan kepada warga JAN secara keseluruhan.

YBhg. Dato' Seri juga menegaskan pentingnya bagi Pengurus Sumber Manusia JAN mempertingkat kemahiran dan kompetensi masing-masing dalam dasar-dasar baharu yang diperkenalkan oleh Kerajaan supaya setiap keputusan dibuat dengan tepat dan berlandaskan dasar dan pekeliling yang terkini, selaras dengan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)

Pada akhir majlis penutup juga telah diadakan Sesi Townhall antara YBhg. Dato' Seri KAN bersama Pengurus Sumber Manusia JAN.

Turut hadir ke Majlis Penutup dan sesi townhall ini adalah Puan Azlin binti Azizan, Pengarah Sektor Pengurusan JAN, Puan Syakurah binti Abdullah, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia JAN serta penceramah dari JPA dan JPM.

WhatsApp Image 2026 01 07 at 20.46.13 2 WhatsApp Image 2026 01 07 at 20.46.15 1 WhatsApp Image 2026 01 07 at 20.46.16 WhatsApp Image 2026 01 07 at 20.46.16 1

 

 

  • Dikemaskini pada: 06 Jan 2026
  • Cetak
  • 48

faqhubungimaklumbalaspeta