Sesi Penyerahan Sumbangan Tabung Ihsan Madani JAN kepada Mangsa Banjir di Jabatan Audit Negara Negeri Pahang
![]() |
![]() |
Puan Azizah Haji Daud, Pengarah Audit Negeri Pahang, mewakili YBhg. Dato’ Seri Ketua Audit Negara, telah menyerahkan sumbangan Tabung Ihsan Madani Jabatan Audit Negara (JAN) kepada empat pegawai JAN Pahang, iaitu Puan Noratiqah binti Suhailis, Puan Roziyani binti Awang, Encik Muhammad Saiful Azraf bin Aw Md Saharif dan Encik Mustazah bin Mohd Akil, yang terkesan akibat bencana banjir susulan Monsun Timur Laut (MTL) pada penghujung bulan Disember 2025.
Sumbangan ikhlas warga JAN ini diharap dapat membantu serta meringankan beban yang ditanggung oleh pegawai JAN yang terkesan akibat bencana tersebut.

