faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Majlis Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri Bagi Bulan Januari dan Amanat Tahun 2026

WhatsApp Image 2026 01 05 at 21.07.51 WhatsApp Image 2026 01 05 at 21.07.52 1 WhatsApp Image 2026 01 05 at 21.07.53 WhatsApp Image 2026 01 05 at 21.07.53 1 WhatsApp Image 2026 01 05 at 21.07.54 WhatsApp Image 2026 01 05 at 21.07.54 2

 

YBhg. Dato' Seri Ketua Audit Negara telah menghadiri Majlis Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri Bagi Bulan Januari dan Amanat Tahun 2026 pada 5 Januari 2026 di Dewan De' Seri Endon, Puspanitapuri, Putrajaya.

Dalam Amanat Tahun Baharu 2026, YAB Perdana Menteri menekankan hala tuju baharu negara yang menuntut seluruh penjawat awam untuk bersatu dan bekerja dalam satu pasukan yang kukuh demi mencapai matlamat bersama. Beliau turut menegaskan keperluan membanteras budaya rasuah secara menyeluruh serta pentingnya setiap individu mematuhi peraturan dan tidak melanggar undang-undang.

Selain itu, YAB Perdana Menteri turut mengarahkan semua perkhidmatan dilaksanakan secara dalam talian bagi menjimatkan masa dan meningkatkan mutu penyampaian.

Turut hadir, Encik Azman Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); Puan Norliza Md. Nuruddin, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi), Encik Azunan Daud, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat); serta pegawai-pegawai JAN.

Pada masa yang sama, warga JAN yang berada di Ibu Pejabat, JAN Negeri dan Akademi Audit Negara (AAN) turut berpeluang menyaksikan siaran Majlis secara langsung untuk tontonan bersama.

WhatsApp Image 2026 01 05 at 21.07.55 1 WhatsApp Image 2026 01 05 at 21.07.55 2 WhatsApp Image 2026 01 05 at 21.07.56 1 WhatsApp Image 2026 01 05 at 21.07.57 1 WhatsApp Image 2026 01 05 at 21.07.57 2 WhatsApp Image 2026 01 05 at 21.07.58

 

  • Dikemaskini pada: 05 Jan 2026
  • Cetak
  • 44

faqhubungimaklumbalaspeta