Kunjungan Hormat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Ke Atas Ketua Audit Negara
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah menerima kunjungan hormat daripada YB Dato’ Nara Setia Dato’ Zulkifli bin Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu di Jabatan Audit Negara, Putrajaya pada 5 Januari 2026.
Dalam sesi ini, YBhg Dato’ Seri Wan Suraya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas perkhidmatan dan sumbangan YB Dato’ Nara Setia Dato’ Zulkifli yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu pada 9 Januari 2026.
Beliau turut mengalu-alukan kehadiran dan mengucapkan tahniah kepada YB Dato’ Haji Mohd Azmi Mohamad Daham, Pegawai Kewangan Negeri Terengganu atas pelantikan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu yang baharu dan YBhg. Dato’ Tun Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak, Pengarah Tanah dan Galian Negeri sebagai Pegawai Kewangan Negeri mulai 10 Januari 2026.
Turut hadir ialah Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); Puan Norliza binti Md. Nuruddin, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi); dan Encik Azunan bin Daud, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat).
Dato' Seri Ketua Audit Negara seterusnya menzahirkan doa agar kerjasama baik yang sedia terjalin antara JAN dengan Kerajaan Negeri akan dapat diteruskan dengan kepimpinan baharu yang akan menerajui Perkhidmatan Awam Negeri Terengganu.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |







