faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Sesi Penyerahan Perakuan dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Kerajaan Negeri Terengganu
Melalui Sistem e-SelfAudit Bagi Tahun 2025

WhatsApp Image 2025 12 22 at 19.12.54 WhatsApp Image 2025 12 22 at 19.12.55 WhatsApp Image 2025 12 22 at 19.12.55 1 WhatsApp Image 2025 12 22 at 19.12.55 2 WhatsApp Image 2025 12 22 at 19.12.56 WhatsApp Image 2025 12 22 at 19.12.56 1

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menyerahkan Perakuan dan Pandangan Ketua Audit Negara mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-SelfAudit Bagi Tahun 2025 kepada tiga syarikat Kerajaan Negeri Terengganu iaitu Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad, Ladang Rakyat Trengganu Sdn. Bhd. dan Konsortium Pelabuhan Kemaman Sdn. Bhd. pada 22 Disember 2025 di Wisma Darul Iman, Terengganu.

Pelaksanaan pengauditan melalui Sistem e-SelfAudit yang diperkenalkan oleh Jabatan Audit Negara (JAN) awal tahun 2025 ini bertujuan mewujudkan pembudayaan audit yang lebih kukuh dalam pengurusan kewangan Syarikat Kerajaan. Pengauditan ini melibatkan 1,856 badan lain termasuk 65 syarikat Kerajaan yang diwartakan di Negeri Terengganu.

Sesi penyerahan Perakuan Dan Pandangan KAN ini turut disaksikan oleh YB Dato’ Nara Setia Dato' Zulkifli bin Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu; YB Mohd Nawawi bin Ismail, Penasihat Undang-Undang Negeri; YB Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Pegawai Kewangan Negeri dan YBhg. Dato’ Burhanuddin Hilmi bin Mohamed @ Harun, President & Group Chief Executive Officer, Terengganu Incorporated Sdn. Bhd.

Turut hadir dalam sesi ini adalah Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan) dan Encik Mohd Faidzal bin Abu, Pengarah Audit Negeri Terengganu.

  • Dikemaskini pada: 22 Dec 2025
  • Cetak
  • 467

faqhubungimaklumbalaspeta