Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 Dan Mesyuarat Berkaitan Pengauditan Syarikat Di Bawah Selia MAIDAM Melalui Sistem e-SelfAudit Bagi Tahun 2025
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024 telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara pada 22 Disember 2025 di Wisma Audit Negara Negeri Terengganu, Kuala Terengganu.
Delegasi MAIDAM diketuai oleh YBhg. Dato’ Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin bin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM.
Turut hadir YB. Sahibus Samahah Dato’ Dr. Haji Mohamad Sabri bin Haron, Mufti Negeri Terengganu; Encik Wan Farid Imran bin Wan A. Latif, Pengurus Besar, MAIDAM Property Sdn. Bhd. dan Puan Norhana binti Yaakub, Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Pendidikan MAIDAM.
Satu syarikat subsidiari MAIDAM menerima surat perakuan Ketua Audit Negara mengenai hasil pengauditan e-SelfAudit iaitu MAIDAM Property Sdn. Bhd.
Hadir sekali dalam sesi ini adalah Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); Encik Mohd Fisul bin Ismail, Pengarah Audit Kewangan JAN; dan Encik Mohd Faidzal bin Abu, Pengarah Audit Negeri Terengganu.





