Sesi Libat Urus Papan Pemuka Dalam Talian Ketua Audit Negara (Auditor General's Dashboard-AGD) Bersama Kerajaan Negeri Terengganu
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Jabatan Audit Negara (JAN) dengan kerjasama Unit Audit Dalam, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu telah mengadakan Sesi Libat Urus (SLU) pada 22 Disember 2025 berkaitan isu-isu yang telah dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) tahun 2022 hingga 2024 Negeri Terengganu yang dipaparkan dalam Papan Pemuka Dalam Talian Ketua Audit Negara (Auditor General's Dashboard-AGD). Sesi ini dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara.
Melalui sesi ini, sebanyak 12 isu telah diselesaikan merangkumi kutipan tunggakan pinjaman Program Jaya Diri, pengurusan pembangunan hartanah perumahan, P-Excell Management Sdn. Bhd., pengurusan tapak pelupusan sisa pepejal dan PMINT Urus Sdn. Bhd..
Hasil sesi libat urus ini, sejumlah RM528,504 berjaya dikutip semula daripada pembayaran dividen, tunggakan sewaan dan pinjaman.
Sesi Libat Urus ini merupakan inisiatif baharu JAN selaras dengan pindaan Akta Audit 1957, khususnya seksyen 9A yang memperuntukkan kuasa kepada Ketua Audit Negara untuk menjalankan susulan audit terhadap tindakan yang telah diambil oleh Persekutuan, Negeri, pihak berkuasa awam atau badan yang ditentukan terhadap syor, ulasan atau pandangan yang dibuat dalam Laporan Ketua Audit Negara.
Turut hadir ke sesi ini YB Dato' Nara Setia Haji Zulkifli bin Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri; YB Tuan Mohd Nawawi bin Ismail, Penasihat Undang-Undang Negeri; YB Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, Pegawai Kewangan Negeri; YBhg. Dato’ Rosli bin Latif, Timbalan Setiausaha Kerajaan Terengganu (Pembangunan); dan YBhg. Dato’ Ab Rasid bin Jusoh, Timbalan Setiausaha Kerajaan Terengganu (Pengurusan).
Turut hadir daripada pihak JAN adalah Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan); Puan Noor Rita binti Kassim, Pengarah Bahagian Susulan Audit; Encik Mohd Fisul bin Ismail, Pengarah Audit Kewangan III; dan Encik Mohd Faidzal bin Abu, Pengarah Audit Negeri Terengganu.





