faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Kunjungan Hormat Ketua Audit Negara Kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu

WhatsApp Image 2025 12 22 at 20.02.20 WhatsApp Image 2025 12 22 at 20.02.20 1 WhatsApp Image 2025 12 22 at 20.02.21 WhatsApp Image 2025 12 22 at 20.02.21 1

 

Pada 22 Disember 2025, YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara, telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Dato' Nara Setia Haji Zulkifli bin Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Lawatan ini disusuli dengan Sesi Libat Urus (SLU) yang dipengerusikan Ketua Audit Negara bagi membincangkan status isu-isu berbangkit dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Negeri Terengganu bagi tahun 2022 hingga 2024.

Turut hadir adalah Encik Azman bin Mahmood, Timbalan Ketua Audit Negara (Kewangan) dan Encik Mohd Faidzal bin Abu, Pengarah Audit Negeri Terengganu.

  • Dikemaskini pada: 22 Dec 2025
  • Cetak
  • 367

faqhubungimaklumbalaspeta