faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Mesyuarat Agung Luar Biasa (MALB) Majlis Sukan Jabatan Audit Negara (MASJAN) Kali Pertama Tahun 2025

WhatsApp Image 2025 12 23 at 17.44.47 WhatsApp Image 2025 12 23 at 17.44.47 1 WhatsApp Image 2025 12 23 at 17.44.47 2 WhatsApp Image 2025 12 23 at 17.44.47 3

 

Mesyuarat Agung Luar Biasa (MALB) Majlis Sukan Jabatan Audit Negara (MASJAN) Pertama Tahun 2025 telah dilaksanakan pada 23 Disember 2025. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara, selaku Yang Dipertua MASJAN.

Turut hadir adalah Timbalan-timbalan Ketua Audit Negara selaku Naib Yang Dipertua MASJAN, barisan Ahli Jawatankuasa Eksekutif MASJAN, Pengerusi dan Setiausaha 15 kelab gabungan serta ahli-ahli MASJAN.

Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan beberapa usul penting melibatkan pengurusan dan hal ehwal kewangan pertubuhan, demi memastikan tadbir urus MASJAN terus terpelihara dan mematuhi peruntukan yang ditetapkan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan kepimpinan MASJAN, Ahli Jawatankuasa Eksekutif, wakil kelab gabungan serta semua ahli yang hadir secara bersemuka dan dalam talian atas komitmen, sokongan dan kerjasama yang diberikan.

 

  • Dikemaskini pada: 23 Dec 2025
  • Cetak
  • 341

faqhubungimaklumbalaspeta