faqhubungimaklumbalaspeta

logo audit

Sorotan Aktiviti

Sesi Penyerahan Perakuan dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS)
Melalui Sistem e-SelfAudit Bagi Tahun 2025

WhatsApp Image 2025 12 23 at 16.56.26 WhatsApp Image 2025 12 23 at 16.56.26 1 WhatsApp Image 2025 12 23 at 16.56.27 WhatsApp Image 2025 12 23 at 16.56.27 1

 

YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara (KAN) telah menyerahkan Perakuan dan Pandangan Ketua Audit Negara Mengenai Pengauditan Syarikat Melalui Sistem e-SelfAudit Bagi Tahun 2025 kepada PERNAS dan dua syarikat subsidiarinya iaitu Malaysia International Franchise Sdn. Bhd. dan Visi Anugerah Sdn. Bhd. pada 23 Disember 2025 di Jabatan Audit Negara.

Pelaksanaan pengauditan melalui Sistem e-SelfAudit yang diperkenalkan oleh Jabatan Audit Negara (JAN) awal tahun 2025 adalah bertujuan mewujudkan pembudayaan audit yang lebih kukuh dalam pengurusan kewangan Syarikat Kerajaan. Pengauditan ini melibatkan 850 syarikat Kerajaan Persekutuan daripada 1,856 badan lain termasuk syarikat yang diwartakan seluruh Malaysia.

Pihak PERNAS diwakili oleh YBhg. Datuk Nor Azam bin M. Taib, Ketua Pegawai Eksekutif PERNAS dan Puan Tham Yue Foon, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia International Franchise Sdn. Bhd.

Turut hadir dalam sesi ini adalah Encik Azunan bin Daud, Timbalan Ketua Audit Negara (Syarikat); Puan Sharifah Zarina binti Syed Ahmad, Pengarah Audit Sektor Audit Pengurusan Syarikat Kerajaan dan Encik Allias bin Alwi, Timbalan Pengarah Sektor Audit Pengurusan Syarikat Kerajaan.

  • Dikemaskini pada: 23 Dec 2025
  • Cetak
  • 529

faqhubungimaklumbalaspeta