Sesi Perjumpaan Ketua Audit Negara Bersama Ahli Jawatankuasa Puspanita Cawangan Kecil Jabatan Audit Negara 2025-2027
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah menerima kunjungan Ahli Jawatankuasa Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Kecil Jabatan Audit Negara (PCK JAN) 2025/2027 pada 24 Disember 2025 (Rabu).
Barisan AJK PCK JAN 2025-2027 diketuai oleh Puan Azlin binti Azizan, Pengarah Sektor Pengurusan merangkap Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Jabatan Audit Negara.
Turut hadir Puan Norliza binti Md. Nuruddin, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi) merangkap Naib Presiden II PUSPANITA Cawangan Kecil Jabatan Audit Negara.
Antara perbincangan yang telah diadakan adalah berkaitan program-program PCK JAN yang akan dilaksanakan bagi tahun 2026 berfokuskan ahli PUSPANITA JAN.







