Mesyuarat Pembukaan Pengauditan Pengurusan Kemudahan Perkhidmatan Warga Emas, Orang Kurang Upaya (OKU), Pendidikan Awal dan Pendidikan Khas Selaras Dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Pembukaan Pengauditan Pengurusan Kemudahan Perkhidmatan Warga Emas, Orang Kurang Upaya (OKU) Pendidikan Awal dan Pendidikan Khas Selaras Dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) pada 24 Disember 2025 di Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara, Putrajaya.
Mesyuarat turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Azah Hanim binti Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM); YBrs. Encik Mohd Daud bin Mohd Arif, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM); YBrs. Tuan Haji Abdullah bin Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Belia dan Sukan (KBS); YBhg. Dato’ Dr. Roslan bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW); serta pegawai dari Kementerian/Agensi Kerajaan lain terlibat.
Turut hadir Puan Norliza binti Md. Nuruddin, Timbalan Ketua Audit Negara (Prestasi) dan YBhg. Datin Paduka Zirawati binti Kadir, Pengarah Audit Prestasi III.





