Program Sumbangan Infaq Kepada Keluarga Asnaf Oleh Warga Jabatan Audit Negara (JAN) Negeri Sembilan
![]() |
![]() |
Jabatan Audit Negara Negeri Sembilan (JANNS) telah menyantuni dua buah keluarga asnaf di sekitar Senawang melalui sumbangan makanan dan wang tunai yang diadakan pada 19 Disember 2025.
Sumbangan yang disalurkan merupakan hasil sumbangan melalui Program Sedekah Subuh daripada Warga JANNS bagi memupuk semangat Ihsan MADANI. Ia dijalankan secara konsisten oleh warga JANNS sepanjang tahun 2025.
Penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Encik Mohd Iskandar bin Amran, Pengarah Audit Negeri, JANNS. Turut hadir memeriahkan program tersebut adalah Ahli Jawatankuasa Biro Kebajikan, Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Audit Negara Negeri Sembilan (KESANS).

